Diabetes Ketika Hamil (GDM)

Apakah itu Diabetes Gestasi / GDM?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Diabetes Gestasi / Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Kencing manis (diabetes) ini dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan mempunyai dua tugas iaitu:

  • mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga
  • membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi. Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Image Googled: Diabetes Ketika Hamil

Bagaimana Diabetes berlaku?

Organ pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini menyebabkan glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan dan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat.

Kesan Diabetes kepada bayi:

Masalah utama jika terlalu banyak gula dalam darah ialah gula akan merentasi plasenta ke bayi, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan Diabetes Jenis 2 di kemudian hari nanti.

Jenis-jenis Diabetes:

  1. Diabetes Jenis 1 (Diabetes Mellitus Type 1) – terjadi kepada kanak-kanak dan remaja. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman
  2. Diabetes Jenis 2 (Diabetes Mellitus Type 2) – terjadi di kalangan orang dewasa, mempunyai sejarah keluarga mengidap diabetes dan individu yang berlebihan berat badan. Boleh dikawal melalui pemakanan, senaman dan ubat-ubatan
  3. Diabetes Ketika Hamil (Gestational Diabetes Mellitus GDM) – berlaku di kalangan ibu hamil

Faktor-faktor Risiko Diabetes:

  • sejarah keluarga
  • tidak aktif secara fizikal (kurang bersenam)
  • berat badan berlebihan (BMI > 30)
  • faktor pemakanan
  • umur melebihi 30 tahun

Tanda-tanda Diabetes:

  • kerap kencing (polyurea)
  • kerap dahaga (dysphagia)
  • luka lambat sembuh
  • susut berat badan
  • kebas kaki
  • masalah penglihatan (katarak)
  • letih / lesu (malaise)

Kesan-kesan Diabetes:

  • Gangren (tisu mati), kudis yang menular yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong
  • Kerosakan buah pinggang
  • Serangan jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Angin ahmar /strok
  • Penyakit saraf

Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan:

  • Karbohidrat ringkas (gula pasir, gula perang, madu, glukos)
  • Makanan manis (gula-gula, ais krim, kek, biskut manis, kuih-muih manis, susu pekat manis)
  • Minuman manis (sirap, ABC, cendol, minuman 3 in 1)
  • Minuman tin / dikotakkan (air berkarbonat, air kotak, jus buah)

Makanan Yang Perlu Disukat / Dihadkan Pengambilan:

  • Makanan karbohidrat kompleks (nasi, mee dan roti)
  • Makanan karbohidrat semulajadi (buah-buahan, susu dan sayur-sayuran tinggi kanji seperti lobak merah, ubi dan labu)
  • Makanan berprotein (daging, ayam, ikan, kekacang dan telur)
  • Makanan yang tinggi kandungan lemak (santan, minyak masak dan mentega)

Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Seperti Biasa:

  • Air kosong, air mineral, kopi / teh tanpa gula
  • Air barli tanpa gula, air soya tanpa gula, teh herba, teh cina
  • Sayur-sayuran berdaun hijau, ulam, kobis bunga, kekacang
  • Perasa / perencah: vanilla, serbuk cili
  • Bawang merah, bawang putih, herba
  • Garam dan kicap (secukup rasa sahaja)

Contoh Menu Untuk Pesakit Diabetes – Saranan Kuantiti & Kekerapan Pengambilan Makanan:

1. Bijirin & Hasil Bijiran (4 – 8 Sajian Sehari)

  • Roti putih / roti wheat (2 keping)
  • Nasi / mee / bihun/ kuew teow (1 cawan)
  • Bubur nasi (2 cawan)
  • Capati / thosai / roti canai (1 keping)
  • Oats (1 cawan)
  • Roti bun (1 biji)
  • Biskut krim crackers (6 keping)

2. Susu & Hasil Tenusu (1 – 3 Sajian Sehari)

  • Susu segar / cair (1 cawan)
  • Susu tepung (1 gelas)

3. Ikan, Ayam & Daging (1/2 – 2 Sajian Sehari kecuali Ikan 1 Sajian Sehari)

  • Ikan (1 ekor sederhana)
  • Ayam (1 ketul)
  • Daging (2 ketul saiz kotak mancis)
  • Ikan bilis (5 sudu)
  • Kerang (20 biji)

4. Buah-buahan (2 Sajian Sehari)

  • Epal / oren /limau / lai / pear (1 biji sederhana)
  • Jambu batu / mangga (1/2 biji)
  • Betik / tembikai / tembikai susu (1 potong sederhana)
  • Anggur (6 – 8 biji)
  • Rambutan (3 biji)
  • Durian (2 ulas)
  • Pisang emas (1 biji kecil)

Pengawalan makanan terutama makanan yang bergula dan berkarbohidrat amatlah penting bagi pengidap diabetes. Diabetes yang boleh dikawal melalui diet yang seimbang dapat mengelakkan daripada kesan-kesan diabetes yang lebih buruk pada masa akan datang. Pengambilan suntikan insulin juga membantu bagi mereka yang kurang insulin dalam badan.

Anda juga boleh mengawal penyakit diabetes dengan mengambil suplemen yang sesuai untuk mengawal gula dalam darah. Anda boleh cuba Set Kencing Manis Shaklee dan Vivix Shaklee. Untuk maklumat lanjut tentang info produk, anda boleh click di link yang disediakan.

Advertisements

Makanan dan Minuman Pantang Semasa Hamil

Ibu hamil sentiasa cenderung untuk makan makanan dalam kuantiti yang banyak kerana mereka percaya mereka perlu makan untuk dua orang. Tetapi sebenarnya mereka tidak perlu makan banyak, mereka perlu makan makanan yang seimbang dengan khasiat dan nutrien penting yang diperlukan bayi dalam kandungan.

Makanan Dan Minuman Pantang Semasa Hamil
Image Googled: Makanan Dan Minuman Pantang Semasa Hamil

Namun, terdapat sedikit pantang makanan yang harus dielakkan untuk kesihatan dan perkembangan bayi. Bukan kata x boleh makan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih apa yang kita boleh makan sewaktu mengandung. Berikut adalah makanan dan minuman pantang semasa hamil.

1. Buah-buahan bersifat tajam

Buah-buahan yang bersifat tajam adalah seperti tebu, kelapa muda, dan juga nenas. Sewaktu di awal kehamilan, kita dilarang memakan makanan tajam untuk mengelakkan potensi keguguran. Ibu trimester pertama tidak digalakkan makan buah-buahan tajam kerana janin yang baru melekat dirahim ibu, saiznya sangat kecil dan senang untuk gugur. Mungkin ada sesetengah ibu rahimnya kuat dan boleh bertahan, namun jika tidak yakin, elakkanlah makan buah-buahan ini ye.

2. Makanan separuh masak / mentah

Makanan mentah seperti ikan sashimi, sushi dan makanan separuh masak seperti telur separuh masak adalah bahaya untuk dimakan. Terdapat banyak bakteria dalam makanan mentah dan makanan separuh masak. Bagi ibu mengandung, kita digalakkan makan makanan yang dimasak dengan sempurna supaya boleh mematikan semua bakteria yang ada di dalam makanan.

3. Makanan yang tidak dipasteur

Makanan yang tidak dipasteur mempunyai banyak bakteria yang membahayakan perkembangan bayi kita di dalam kandungan. Antara makanan yang tidak dipasteur dengan baik adalah keju lembut dan juga susu segar. Susu segar ni adalah susu yang baru perah dari lembu dan belum diproses lagi.

4. Makanan ringan

Makanan ringan atau junk food kebanyakkannya mengandungi MSG dan kurang khasiat untuk bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita memerlukan nutrien dan khasiat yang tinggi untuk tumbesarannya. Bukan tak boleh makan makanan ringan, tetapi kalau boleh kurangkan dan cubalah makan makanan yang seimbang dengan khasiat keperluan bayi.

5. Pil / ubat-ubatan

Semasa hamil, jika kita jatuh sakit atau demam, kita perlu dapatkan nasihat doktor jika kita ingin mengambil ubat. Selalunya ubat demam yang diberikan oleh doktor adalah khas untuk ibu mengandung, jadi jangan pulak makan panadol dibeli dekat farmasi ye. Begitu juga dengan ubat batuk dan selsema. Selalunya, doktor tidak akan beri ubat batuk dan selsema untuk ibu mengandung kerana ubat ini ada effect mengantuk dan tidak elok untuk janin.

6. Ikan bermerkuri

Merkuri boleh didapati di dalam ikan-ikan laut dalam seperti tuna, makerel dan ikan-ikan besar yang lain. Merkuri boleh merosakkan saraf-saraf kandungan kita. So berhati-hati ye ibu-ibu sekalian.

7. Alkohol

Alkohol adalah minuman mempunyai ciri-ciri khayal dan memabukkan. Alkohol juga boleh menyebabkan badan jadi panas dan sangat tak sesuai untuk ibu mengandung. Lagipun Islam melarang kita minum minuman yang memabukkan kerana kerosakan akal fikiran.

8. Kaffein

Kaffein adalah sejenis minuman yang boleh menyebabkan ketagihan. Jenis-jenis kaffein yang terdapat dalam minuman adalah teh, kopi, dan juga minuman bergas.

9. Rokok

Lazimnya, ibu mengandung memang dilarang merokok. Asap rokok boleh memutuskan bekalan oksigen kepada bayi kita. Keadaan sekeliling kita perlulah bebas dari asap rokok. Jadi, kalau ibu ataupun suami merokok, mintalah mereka berhenti merokok demi kebaikan anak.

Makanan dan minuman seperti di atas akan mendatangkan bahaya kalau kita ambil dengan berlebihan. Jadi, perlulah kita berpantang seketika dari mengambil makanan dan minuman berikut untuk kebaikan ibu dan anak juga. Jangan risau, terdapat banyak lagi makanan yang berkhasiat yang boleh membantu ibu untuk kekal sihat dan aktif sepanjang tempoh kehamilan.

Untuk ibu yang sedang hamil dan memerlukan supplemen tambahan untuk kekal sihat, boleh cuba Set Hamil Shaklee. Set Hamil Shaklee terdiri daripada ESP, Vitamin B-Complex, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea, Ostematrix dan Omega Guard. Anda boleh klik di link sini – Set Hamil Shaklee.

10 Petanda Awal Kehamilan

Ramai wanita (terutama yang baru berkahwin) akan cepat teruja kalau tiba-tiba period datang lambat. Tapi macam mana nak tahu sama ada kita hamil atau tidak? Berikut adalah beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami kesemuanya, sesetengah daripadanya, atau tiada langsung simptom-simptom kehamilan ini.

Tanda Awal Kehamilan
Image Googled: Tanda Awal Kehamilan

1. Mengidam

Mengidam kadang-kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Tapi jangan terlalu bergantung kepada simptom ini sebab mungkin hanya bermain di kepala anda sahaja padahal sebenarnya anda kekurangan nutrisi. Tetapi jika simptom mengidam disertai dengan simptom-simptom kehamilan lain, anda mungkin dikatakan hamil.

2. Warna puting payudara menjadi gelap

Jika warna kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Cuba anda perhatikan warna puting anda, adakah lebih gelap dari sebelumnya? Jika ya, anda mungkin hamil.

3. Payudara melembut dan membengkak

Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

4. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Jangan keliru antara period dan pendarahan implantasi ye.

5. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon Human Chorionic Gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

6. Keletihan

Berasa letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat.

7. Deria rasa berubah

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil

Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung. Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut.

9. Tidak datang haid

Jika haid anda biasanya teratur dan terlambat datang, anda perlu membuat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

10. Ujian kehamilan yang positif (UPT)

Jika anda tidak datang haid selama seminggu ataupun dua minggu, lakukan ujian kehamilan (UPT – Urine Pregnancy Test) sendiri. Jika terdapat 2 jalur yang timbul, anda sudah hamil. Jumpa doktor juga untuk mendapatkan kepastian. Selamat mencuba!!

Saya juga menyediakan set produk Shaklee bagi ibu-ibu yang telah confirm hamil. Segala info untuk mengetahui butiran lebih lanjut terdapat di dalam link ini: Set Hamil Shaklee.

10 Cara Ikhtiar Untuk Hamil

Anak adalah rezeki dari Allah SWT. Sekuat mana pun kita berusaha, jika belum ditakdirkan memiliki rezeki tersebut, maka bersabarlah. Pasangan mana yang tak nak anak. Semua pasangan yang sudah berumahtangga, pasti mahukan anak.

Mungkin ada yang tersentuh hati dan tersentap seketika jika ada disekeliling yang bertanya bila mahu dapat anak. Apa yang mampu dilakukan hanyalah tersenyum dan mendiamkan diri ataupun menjawab “belum ada rezeki,doakanlah ye”. Jangan khuatir dan jangan risau ye kalian. Kesabaran anda semua insha Allah sentiasa akan membuahkan hasil di kemudian hari kerana setiap yang terjadi adalah daripada rancangan Allah SWT dan Dia lah sebaik-baik perancang.

Ikhtiar Untuk Hamil
Image Googled: Ikhtiar Untuk Hamil

Berikut adalah 10 cara ataupun ikhtiar yang boleh anda lakukan / usahakan untuk hamil:

1. Jaga pemakanan dan diet

Ini adalah ikhtiar cepat hamil yang paling penting. Diet bukan sampai tidak makan langsung. Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat. Cukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Lebihkan makan buahan dan sayuran serta kurangkan gula, kafein dan makanan berlemak. Apabila badan sihat, fungsi-fungsi anggota kehamilan akan bertindak dengan baik.

2. Awasi berat badan

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (overweight), mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang overweight ialah terdedah kepada tekanan darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai tekanan darah tinggi dan kencing manis banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau BMI anda kerana berat badan yang ideal adalah dengan mengukur BMI (normal).

3. Jangan stress

Kepada wanita yang berkerjaya, cuba elakkan stress. Walaupun stress itu sudah jadi kebiasaan dalam bekerja, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk bersama?

4. Catat jadual period

Sekarang terdapat banyak aplikasi Android atau iOS untuk mencatat jadual period. Apps ni mempunyai fungsi untuk mengira waktu subur anda. Setiap kali datang waktu period, catatkan di dalam apps anda. Anda boleh merancang waktu untuk intercourse bersama suami apabila anda mengetahui waktu subur anda.

5. Lakukan hubungan intim sekerap mungkin sewaktu ovulasi

Waktu ovulasi adalah waktu yang paling penting untuk melakukan hubungan intim. Ovum hanya bertahan selama 1 hari sahaja dan jika tidak berjaya disenyawakan bersama sperma, ovum akan disingkirkan semasa period. Oleh sebab sperma mampu hidup selama 3 hari, cuba untuk rancang waktu hubungan intim yang sesuai dan lakukan sekerap mungkin.

6. Jumpa doktor pakar untuk check kesuburan

Sudah 2-3 tahun masih tidak hamil ataupun sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor pakar. Semestinya doktor akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan. Biasanya doktor akan melakukan health screening dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami juga perlu melakukan checkup juga. Insha Allah, setiap usaha akan membawa hasil.

7. Berurut

Kalau sudah membuat rawatan moden, apa kata kita cuba rawatan tradisional pula. Cuba la berurut dengan pakar urut. Kadang-kadang, sukar hamil mungkin berpunca daripada rahim terlalu tinggi. Berurut boleh membantu sistem peranakan kita supaya teratur.

8. Ambil makanan dan minuman sunnah

Makanan dan minuman sunnah Rasulullah SAW juga merupakan antara cara ikhtiar untuk hamil. Contoh makanan sunnah adalah susu kambing, kurma, madu, dan buah delima. Makanan sunnah ini banyak khasiat yang diperlukan untuk badan kita. Kurma memberikan banyak tenaga dalam masa yang singkat selain mempunyai kandungan asid folid yang bagus untuk ibu mengandung. Marilah cuba makanan sunnah kerana setiap sunnah Rasulullah mempunyai banyak hikmah yang kita tidak tahu.

9. Ambil supplemen Shaklee

Ya, ini juga membantu. Shaklee adalah supplemen yang membekalkan nutrien penting seperti vitamin yang diperlukan oleh badan. Semakin sihat badan, semakin senang untuk mengandung. Untuk ibu yang ingin hamil, digalakkan makan Vitamin B with Acid Folid dan GLA complex. Bukan ibu sahaja, malah lelaki juga perlu memakan vitamin untuk kuatkan tenaga batin dan menguatkan sistem peranakan mereka. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh lah lihat kepada Set Kesuburan Shaklee.

10. Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT

Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah SWT. Amalkan doa untuk cepat mengandung dan sentiasa la meminta kepada-Nya. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah SWT kerana Dia adalah Yang Maha Pencipta.

Kelebihan Susu Kambing

Susu kambing adalah susu yang kedua terbaik selepas susu ibu dan lebih baik berbanding susu lembu. Susu kambing merupakan minuman para anbia’ terdahulu dan mempunyai banyak khasiat. Susu kambing mempunyai saiz molekul yang halus dan mempunyai komposisi yang hampir sama dengan susu ibu, justeru susu kambing dapat dicerna dengan amat mudah dan cepat berbanding susu lembu.

Susu Kambing
Image Googled: Susu Kambing

Susu kambing sesuai diminum oleh sesiapa sahaja dan tidak menyebabkan alahan. Susu kambing mengandungi lebih 13% kalsium, lebih 25% Vitamin B-6, lebih 47% Vitamin A, lebih 134% Kalium dan lebih 350% Niacin daripada susu lembu. Susu kambing juga lebih tinggi dalam Klorida, Tembaga dan Mangan.

Susu Kambing Sesuai Untuk:

  1. Ibu Hamil
  2. Ibu Berpantang & Ibu Menyusu Anak
  3. Anak Usia 1 Tahun dan ke atas
  4. Pelajar
  5. Orang dewasa & golongan tua

Kelebihan Susu Kambing:

  1. Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
  2. Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah).
  3. Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila).
  4. Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.
  5. Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.
  6. Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
  7. Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.
  8. Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.

Susu yang terbaik untuk anak anda adalah susu ibu manakala susu kambing adalah susu yang kedua terbaik. Anda kekurangan susu badan? Boleh dapatkan disini set penyusuan shaklee untuk menambahkan susu yang makin berkurang sebagai milk booster.

1. Set Penyusuan Shaklee – sebagai milk booster.

7 Punca Rambut Gugur di Kalangan Wanita

Rambut gugur? Ramai wanita akan kerisauan jika rambut mereka semakin menipis. Namun, keguguran rambut di kalangan wanita bukanlah satu keadaan yang luar biasa. Masalah keguguran rambut melibatkan 5% wanita yang berumur kurang dari 30 tahun dan hampir 60% wanita berumur 70 tahun.

Punca Keguguran Rambut Di Kalangan Wanita
Image Googled: Keguguran Rambut Di Kalangan Wanita

Sesetengah pakar mencadangkan bahawa sebanyak satu daripada empat wanita akan mengalami keguguran rambut pada masa tertentu dalam kehidupan mereka. Jadi, mengapakah wanita mengalami keguguran rambut?

1. Hormon

Wanita mempunyai banyak hormon. Hormon sewaktu kehamilan, melahirkan anak dan menopaus adalah antara yang boleh menyebabkan rambut menipis.

2. Ubat-ubatan

Banyak ubat-ubatan moden boleh menyumbang secara langsung kepada keguguran rambut. Bagi sesetengah wanita, pil kawalan kehamilan mungkin menjadi faktor penyumbang utama keguguran rambut.

3. Genetik

Genetik juga salah satu punca keguguran rambut pada wanita. Wanita juga boleh mengalami corak rambut botak atau penipisan rambut kesan dari genetik. Ada wanita yang dilahirkan dengan rambut tebal dan gugur rambut dengan banyak dan ada sesetengah wanita dilahirkan dengan rambut nipis dan gugur rambut dengan banyak juga.

4. Tekanan

Kesan tekanan yang teruk boleh menyebabkan reaksi kehilangan rambut secara tiba-tiba. Tekanan oleh fizikal atau mental boleh membuat rambut anda gugur dengan banyak selepas tekanan berada pada kadar yang membimbangkan sehingga tiga ke empat ribu rambut setiap hari.

5. Penyakit

Keguguran rambut juga berpunca daripada penyakit seperti gangguan kencing manis atau tiroid. Penyakit menyebabkan badan anda berada di bawah tekanan dan menyumbang secara langsung kepada keguguran rambut.

6. Rambut rosak

Wanita sering membuat style pada rambut di kedai saloon seperti rebonding, color rambut, blow rambut, treatment rambut dan sebagainya. Kesan daripada ini adalah rambut akan rosak kerana tindak balas kimia yang terlalu kuat pada rambut. Rambut akan kering, rapuh dan rosak yang akhirnya menyebabkan keguguran rambut.

7. Diet

Wanita secara umumnya kuat berdiet dan cenderung berdiet secara melampau untuk menurunkan berat. Diet penurunan berat badan yang melampau atau pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan keguguran rambut. Kekurangan zat besi sering dikaitkan dengan keguguran rambut.

Punca-punca keguguran rambut di kalangan wanita adalah tertumpu pada sesuatu keadaan. Anda mungkin mengalami keguguran rambut pada mana-mana peringkat kehidupan anda. Apa yang penting ialah untuk cuba mengenal pasti punca utama dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah keguguran rambut secepat mungkin.

Salah satu solusi untuk masalah keguguran rambut adalah supplemen ataupun membeli syampoo yang sesuai. Sila click link di bawah ini untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk Shaklee yang boleh membantu anda dengan masalah keguguran rambut.

1. Shaklee Prosante – penyelesaian kepada masalah kerosakan dan penipisan rambut
2. Shaklee Zinc Complex – membantu masalah keguguran rambut

3 Tips Pemakanan Pesakit Kencing Manis

Kencing manis merupakan penyakit yang boleh membawa kepada kemudaratan kepada badan manusia. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah kerana pankreas badan yang tidak menghasilkan cukup hormon insulin untuk memecahkan glukosa, ataupun kerana kegagalan hormon insulin itu sendiri untuk bertindak terhadap sel reseptor dalam darah.

Apabila tahap glukosa dalam darah meningkat lebih dari tahap tertentu, glukosa selebihnya akan masuk kedalam urin (air kencing). Kencing manis adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini, belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit kencing manis tetapi penyakit ini boleh dikawal. Salah satu cara mengawal adalah dari kaedah pemakanan harian.

Pemakanan Pesakit Kencing Manis
Image Googled: Pemakanan Pesakit Kencing Manis

Tips-tips asas pemakanan harian adalah:

1) BERPANTANG GULA

Ini bukan sahaja terhad kepada gula tebu, gula kastor, gula melaka dan madu. Ia juga termasuk sebarang gula tersembunyi yang terdapat dalam produk makanan yang dipakejkan. Baca kandungan bahan yang disenaraikan pada label produk dan awasi sebarang bahan yang berasaskan gula seperti maltose, sucrose, fructose atau apa sahaja yang berakhir dengan -ose.

2) KURANGKAN KARBOHIDRAT

Karbohidrat yang perlu dielakkan sama sekali adalah makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat paling tinggi seperti tepung, roti, jenis ubi seperti ubi kentang dan ubi kayu, pulut dan nasi. Malangnya makanan ini jugalah makanan ruji kita. Namun, terdpat beberapa alternatif makanan yang kita boleh gunakan untuk menggantikan nasi / roti. Antaranya adalah nasi tiruan. Selain itu, kebanyakan sayuran hijau dan kekacang yang kita makan juga sesuai untuk pesakit kencing manis.

3) KURANGKAN LEMAK

Lemak yang tidak sesuai untuk pesakit kencing manis adalah lemak majerin, susu skim, minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak lain yang melalui proses yang rumit. Lemak yang digalakkan untuk pesakit kencing manis adalah lemak asli yang tepu. Ini termasuklah lemak binatang, mentega (butter), minyak sapi, susu penuh krim, lemak keju dan minyak kelapa. Asasnya sebarang lemak yang tidak mengalami proses yang berlebihan adalah lemak sesuai untuk pemakanan pesakit kencing manis.

Jika anda memerlukan supplemen untuk masalah penyakit kencing manis, anda boleh lihat link di bawah ini untuk maklumat lebih lanjut.

Set Kencing Manis Shaklee:
– GLA Complex
– Zinc Complex
– Sustained Release Vita-C Plus
– B-Complex